Pakistan Antara 10 Negara Gagal Tangani Jenayah Rogol, Culik - NGO

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 11:30 AM

NGO Pakistan yang memperjuangkan hak kaum wanita mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan bertindak bagi mengawal penularan kes rogol dan culik di negara itu.

(Ubah saiz teks)

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) di Pakistan mendakwa kegagalan kerajaan mengawal kes rogol dan culik menyebabkan negara itu antara 10 paling teruk di dunia kerana gagal tangani penularan jenayah itu.

Penganjur Pakistan Tehreek-i-Insaf Punjab, Chaudhry Sarwar berkata, sepanjang tahun lalu sahaja, sebanyak 14,850 kes culik melibatkan wanita, kanak-kanak dan budak perempuan dilaporkan di Punjab.

Katanya, kira-kira 2,000 wanita diculik dan 80 peratus daripada mereka dirogol tahun lalu, manakala 15 peratus lagi dibunuh.

"Lebih menyedihkan apabila 980 kanak-kanak diculik termasuk bayi yang baru dilahirkan di hospital," katanya.

Bagaimanapun, senarai sembilan negara lain yang berhadapan masalah rogol dan culik tidak dinyatakan NGO berkenaan.

Sarwar berkata, peningkatan kes jenayah rogol dan culik itu juga berpunca daripada kegagalan kerajaan Pakistan menangani isu kemiskinan rakyatnya.

Beliau juga mendakwa, polis hanya merekodkan laporan orang hilang, bukannya penculikan bagi menyelamatkan imej pasukan keselamatan itu.

Maklumat yang diperoleh mendapati, 96 kes culik termasuk 25 kanak-kanak melibatkan wang tebusan.

Di Lahore pula, katanya, 15 kes culik melibatkan wang tebusan yang dilaporkan dan kebanyakannya gagal diselamatkan.

Setakat ini, 3,100 kes masih dalam siasatan di mana kes berkenaan masih tidak dapat diselesaikan, manakala mangsa tidak dapat dikesan.

Tags / Kata Kunci: rogol , culik , Pakistan , Lahore , Chaudhry Sarwar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan