100 Ikan Paus 'Lawat' Pantai Tamil Nadu - Berita Dunia | mStar

100 Ikan Paus 'Lawat' Pantai Tamil Nadu

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Kira-kira 100 ikan paus bersirip terdampar di pantai kira-kira 600 kilometer dari Chennai, daerah Tuticorin di Tamil Nadu pada pagi Selasa.

Menurut pihak berkuasa tempatan, walaupun selepas dibawa ke laut, kumpulan ikan paus itu tetap berenang semula ke pantai.

Situasi itu menyebabkan penduduk kawasan sekitarnya memenuhi pantai bagi melihat kumpulan ikan paus berkenaan.

Pada Ogos, bangkai ikan paus sepanjang kira-kira 10 meter ditemui di pantai berhampiran perkampungan di daerah Nagapattinam.

Ikan paus bersirip adalah mamalia kedua terbesar di dunia.


Tags / Kata Kunci: ikan paus bersirip , Tuticorin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan