13 Cedera, Kemalangan Tiga Bas Dua Tingkat Merah Di London

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 8:23 AM

Keadaan bas dua tingkat merah dalam satu kemalangan di London. Foto uk24.work

(Ubah saiz teks)

TIGA belas cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga bas dua tingkat warna merah di London pada petang Isnin.

Portal Mail Online melaporkan ketiga-tiga bas baharu jenis 'Boris' itu merempuh antara satu sama lain di Jalan Victoria dekat Dataran Parlimen di London.

Dalam insiden pada kira-kira pukul 2.30 petang (10.30 malam waktu Malaysia) itu turut melibatkan sebuah van.

Dilaporkan pasukan kecemasan, paramedik dan empat ambulans bergegas ke tempat kejadian.

Seramai 35 orang dipindahkan dari kesemua bas berkenaan.

Keadaan salah sebuah bas yang remuk akibat kemalangan dekat Dataran Parlimen.

Menurut pasukan bomba London, seorang lelaki yang dipercayai mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang telah dihantar ke hospital.

Bagaimanapun tiada mangsa yang terperangkap atau kecederaan parah dilaporkan.

Segelintir mangsa yang cedera dirawat di tempat kejadian.

Pasukan bomba London dalam satu kenyataan berkata: "Seramai 13 orang cedera ringan dan dirawat oleh Khidmat Ambulans London manakala kira-kira 35 penumpang dipindahkan dari ketiga-tiga bas sebelum pasukan bomba tiba.

"Insiden itu ditangani oleh pasukan bomba melibatkan tiga jentera bomba, satu unit penyelamat bomba dan 21 anggota bomba dari balai bomba di Soho, Lambeth, Euston dan Shoreditch," katanya.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan