Gambar Lelaki Serang Balai Polis Di Paris Didedah

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 8:38 AM

Tarek Belgacem ditembak polis ketika cuba menyerang sebuah balai polis di Paris, minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

GAMBAR seorang lelaki disyaki pengganas kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang ditembak mati ketika cuba menyerang sebuah balai polis di Paris pada minggu lalu didedah.

Portal Mirror melaporkan lelaki berkenaan, Tarek Belgacem, warga Tunisia berusia 30 tahun merupakan seorang pelarian yang menetap di Jerman.

Belgacem ditembak semasa memakai ves berisi bom palsu apabila cuba menyerang pegawai polis pada ulang tahun pertama peristiwa serangan pejabat majalah satira Charlie Hebdo.

Polis Jerman membuat serbuan di kediaman lelaki itu di sebuah pusat perlindungan di Recklinghausen dan menemui simbol ISIS di dinding rumahnya.

Sumber di Jerman dan Perancis mengatakan bahawa lelaki berkenaan tingga di kawasan itu bagi menunggu keputusan permohonan suaka yang dikemukakannya.

Sumber terdekat dalam siasatan ke atas kematian Belgacem berkata: "Dia merupakan pencari suaka berdaftar yang menggunakan beberapa identiti berbeza bagi menyembunyikan kegiatannya.

"Permohonan suaka yang dikemukakannya masih dalam pertimbangan," kata sumber itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan