Iklan Pil Pencerahan Kulit Di Thai Dikritik

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 1:55 PM

Paparan skrin dari video iklan pil pencerahan kulit di Thailand yang mendapat kritikan awam. -TheStraitsTimes/ANN

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sebuah syarikat Thailand menarik balik iklan pil pencerahan kulitnya berikutan bantahan di media sosial terhadap produk itu yang dijual dengan slogan 'putih menjadikan anda pemenang'.

Ia adalah strategi pemasaran terkini yang menimbulkan tuduhan perkauman tentang ketaksuban warna kulit.

Iklan pil makanan tambahan itu dimuat naik ke YouTube dan Facebook oleh syarikat Thailand, Seoul Secret sejak dua hari lepas, menampilkan selebriti veteran Thai dengan mengaitkan kejayaan profesionalnya dengan warna kulitnya.


"Bukan mudah untuk kekal pada tahap ini untuk tempoh masa yang lama," kata model dan pelakon Cris Horwang berusia 35 tahun itu dalam video tersebut.

"Jika saya berhenti menjaga tubuh badan dan kulit putih saya, semua yang telah saya laburkan selama ini akan hilang."

Kulit model itu kemudian bertukar menjadi gelap, menyebabkan dia memandang model kedua di sebelahnya dengan kulit putih berseri sambil tersenyum dengan rasa cemburu.


"Pendatang baru akan menggantikan saya dan menjadikan saya menjadi seorang bintang yang gelap," kata Cris.

Pil dan krim pemutihan adalah sangat popular di Thailand, di mana kulit yang cerah dan putih dianggap sebagai satu standard kecantikan.

Video ini telah menerima lebih dari 100,000 tontonan di YouTube, dan juga pertanyaan di laman Facebook syarikat itu tentang bagaimana untuk memesan produk tersebut.


Tetapi posting di media sosial dan laman web lain mengkritik iklan itu dengan mengaitkan pemikiran sempit aspek kecantikan negara itu dengan perkauman.

"Ia menunjukkan bahawa orang-orang berkulit hitam sebagai tidak berguna, dan ini jelas bersifat perkauman," seorang pengkritik Thai, Tammaijang menulis di web forum Pantip.

Posting lain berkata: "Mempunyai kulit gelap juga adalah satu kecantikan - tanpa perlu merasa malu.

Seoul Secret tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan