Dua Dipercayai Maut Pesawat Terhempas Di Sweden

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 5:35 PM

Gambar fail pesawat jenis Canadair CRJ-200.

(Ubah saiz teks)

STOCKHOLM: Pasukan keselamatan Sweden sedang berusaha mencari dua mangsa yang dipercayai maut selepas sebuah pesawat yang membawa mel terhempas di utara negara itu pada Jumaat.

Pesawat yang menggunakan model Canadair CRJ-200 itu menghantar panggilan kecemasan dan kemudiannya dikesan di kawasan darat oleh pesawat F-16 milik Norway.

Menurut akhbar harian Sweden, Svenska Dagbladet, pesawat itu dalam penerbangannya dari lapangan terbang utama di Oslo ke Tromso di Norway.

Seorang jurucakap memberitahu stesen radio Sweden bahawa polis sedang menjejaki lokasi nahas di antara bahagian barat laut Tasik Akkajaure dan sempadan Norway.

Tambah jurucakap itu, kawasan berkenaan tidak mempunyai jalan raya dan cuaca begitu sejuk. - Reuters

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan