Lelaki Didakwa Ugut Bunuh PM Kemboja Di Facebook - Berita Dunia | mStar

Lelaki Didakwa Ugut Bunuh PM Kemboja Di Facebook

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 7:13 PM

Lelaki (tengah, baju biru) yang didakwa kerana mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Kemboja dibawa ke mahkamah perbandaran Phnom Penh pada Jumaat. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PHNOM PENH: Seorang lelaki warga Kemboja didakwa membuat ugutan bunuh terhadap perdana menteri negara itu, Hun Sen menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook, lapor media tempatan pada Jumaat.

Lelaki berusia 25 tahun itu didakwa sebagai individu di sebalik kenyataan dengan meramalkan 7 Januari iaitu ulang tahun kejatuhan Khmer Rouge oleh tentera Vietnam sebagai hari kematian Hun Sen.

"Dia ditahan semalam (Khamis). Dia dibawa ke mahkamah perbandaran Phnom Penh pagi ini," kata Am Sam Ath, seorang aktivis bagi kumpulan hak asasi tempatan Licadho kepada AFP.

Lelaki berkenaan bedepan dengan hukuman penjara selama dua setengah tahun sekiranya didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh serta menghina perdana menteri. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan