Cubaan Sorok 3,800 Yuan Gagal, Wang Dimamah Anjing

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Tindakan seorang lelaki yang cuba menyembunyikan wang kertas sebanyak 3,800 yuan (RM2,500) daripada isterinya di dalam selimut tebal di bilik tetamu tidak kesampaian.

Lebih malang, ia dikesan anjing rakannya yang kemudian telah memamah wang kertas itu.

Lapor Huanqiu.com, anjing jenis golden retriever bernama Hali itu memakan wang itu ketika lelaki berkenaan sedang tidur di rumah mereka di Lushun.

Sebaik terjaga mereka melihat anjing itu dengan wang kertas 100 yuan di kelilingnya.

Isterinya terus bertanya dari mana datangnya wang itu, sekali gus menyebabkan lelaki terlibat terpaksa mengaku ia miliknya.

Dia tidak menyangka Hali yang dijaga sepanjang ketiadaan rakannya akan memakan wang itu.

Bagaimanapun, isterinya tidak marah tetapi menganggap ia kelakar. 


Tags / Kata Kunci: Lushun , wang kertas , Hali

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan