Lebah Masuk Enjin, Penerbangan Tangguh Empat Jam

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 10:04 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Hanya kerana seekor lebah, penerbangan pesawat Garuda dari Lapangan Terbang Kualanamu di Medan ke ibu negara Indonesia ini terpaksa ditangguhkan selama kira-kira empat jam.

Serangga itu dikesan tersangkut dalam salah satu enjin pesawat berkenaan sekali gus mengganggu kawalan enjin elektroniknya.

Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda, Benny Butarbutar memberitahu Kompas.com, situasi itu menyebabkan juruterbang penerbangan GA197 membuat keputusan untuk menangguhkan penerbangan.

"Juruterbang yang menjalankan prosedur keselamatan seperti biasa sebelum berlepas telah mengesan kehadiran lebah itu dan apabila diperiksa lebih lanjut kami memutuskan untuk menangguhkan penerbangan," katanya.

Kejadian ini adalah yang pertama buat Garuda Indonesia, bagaimanapun sebelum ini syarikat penerbangan sama pernah berdepan situasi cemas apabila ada burung yang masuk ke enjin pesawatnya.

Selepas ditangguhkan, pesawat GA197 itu ke destinasinya dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

 
Tags / Kata Kunci: lebah , Garuda Indonesia , Medan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan