Abe Kutuk Ujian Bom Hidrogen Korea Utara

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengutuk tindakan Korea Utara melakukan ujian bom hidrogen kerana menganggap ia ancaman serius, selain cabaran kepada usaha mengawal senjata nuklear.

Sehubungan itu, Abe mencadangkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya meneliti perkara itu.

"Saya mengutuk tindakan ini. Kita sama sekali tidak boleh bertolak ansur dalam hal ini.

"Ia jelas melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan cabaran berat terhadap usaha antarabangsa bagi pengawalan senjata," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau lagi, sebagai negara anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, Jepun akan mengambil langkah tegas dengan menyelaraskan usaha dengan Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan, China, dan Russia.

Sementara itu, di SEOUL, Korea Utara mengakui pihaknya akan terus memperkukuh program nuklearnya bagi melindungi negara itu daripada dasar permusuhan AS.

Kenyataan seperti dilaporkan agensi berita Korea Utara menyebut, ia tidak akan menghentikan program nuklearnya selagi AS mengekalkan apa yang dipanggil pendirian untuk bertindak.

Katanya, ia akan bertindak sebagai negara nuklear yang bertanggungjawab dan berikrar tidak menggunakan senjata nuklearnya kecuali apabila kedaulatannya dicabar.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi waktu tempatan itu, Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) mengesan gempa bumi 5.1 magnitud di timur laut negara ini, kira-kira 50 kilometer ke barat laut bandar Kilju.

Ia bersebelahan dengan tapak ujian nuklear Punggye-ri, lokasi tiga ujian nuklear terdahulu yang pernah dijalankan negara komunis itu pada 2006, 2009 dan 2013.

Tags / Kata Kunci: Shinzo Abe , bom hidrogen , Korea Utara , PBB

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan