9 Maut Gempa Bumi Kuat Di Timur Laut India

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 9:25 PM

Antara bangunan di Imphal yang musnah akibat gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda timur laut India pada Isnin. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

IMPHAL (India): Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud di timur laut India pada Isnin.

Kerajaan berkata, enam maut di India, manakala tiga lagi di Bangladesh selepas mengalami strok atau sakit jantung berikutan gempa bumi yang berlaku pada awal pagi.

Pihak berkuasa di negeri Manipure di mana menjadi pusat gempa berkenaan berkata, 70 lagi mangsa cedera akibat bencana itu, selain bangunan-bangunan turut musnah di Imphal. - AFP 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan