Datuk Bandar Mexico Dibunuh Sehari Selepas Angkat Sumpah

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 9:11 PM

Gisela Mota.

(Ubah saiz teks)

CUERNAVACA, Mexico: Beberapa lelaki bersenjata memecah masuk ke dalam rumah Datuk Bandar Mexico yang baharu dilantik dan menembaknya sehingga mati selepas hanya beberapa jam memulakan tugas, kata polis.

Gisela Mota, 33, bekas ahli Kongres berhaluan kiri ditembak mati tidak sampai 24 jam selepas mengangkat sumpah jawatan pada Jumaat di bandar Temixco yang terletak kira-kira 90 kilometer dari ibu negara, Mexico City.

Temixco antara negara yang dihimpit kegiatan jenayah terancang dan pengedaran dadah, masalah utama yang ingin dibanteras Mota.

Kerajaan negeri Morelos berkata dua suspek lelaki bersenjata itu telah dibunuh manakala seorang lagi dalam tahanan.

Gabenor Negeri Graco Ramirez berikrar bahawa penjenayah tersebut tidak akan terlepas daripada sebarang hukuman.

Morelos antara negeri-negeri di Mexico yang dibelenggu kegiatan keganasan dadah selain penculikan dan pembunuhan.

Pada tahun lalu sahaja, beberapa datuk bandar di Mexico dilaporkan menjadi mangsa bunuh.

Tags / Kata Kunci: datuk bandar mexico , bunuh

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan