Pengguna Facebook Tertipu 'Mesej' Kononnya Pengasas Mark Zuckerberg Beri AS$4.5j

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 8:22 AM

Mark Zuckerberg. Foto Bloomberg

(Ubah saiz teks)

RIBUAN orang terpedaya dengan satu mesej penipuan di Facebook yang menjanjikan peluang meraih wang jutaan dolar.

Portal Mail Online melaporkan satu penipuan tersebar menerusi satu mesej di Facebook yang mendakwa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg akan memberikan peluang untuk memenangi AS$4.5 juta (RM19.33 juta) sekiranya berkongsi satu kenyataan serta membuat 'tag' kepada rakan-rakan.

Mesej itu berbunyi "Mark Zuckerberg mengumumkan beliau akan memberikan AS$45 bilion (RM193.3 bilion) saham Facebook.

"Apa yang anda mungkin tidak pernah dengar adalah beliau merancang untuk memberikan 10 peratus daripadanya (saham) kepada orang ramai seperti anda dan saya!

"Apa yang anda perlu lakukan ialah menyalin dan berkongsi mesej ini dengan segera dan membuat 'tag' kepada lima sehingga 10 rakan anda.

"Selepas tengah malam, Facebook akan membuat carian dan memberikan AS$4.5 juta (RM19.33 juta) seorang kepada 1,000 orang sebagai cara berterima kasih kerana menjadikan Facebook sebagai alat untuk menghubungkan.

Mesej palsu itu bermula 1 Disember lalu apabila Mark Zuckerberg mengumumkan mengenai kelahiran anak perempuannya, Maxima. 


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan