Wanita Dihukum Penjara Persenda Tentera Myanmar, Pakaian Seragam Baharu

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 4:59 PM

Kenyataan yang membandingkan pakaian seragam baharu pegawai tentera Myanmar dengan skirt yang dipakai Suu Kyi.

(Ubah saiz teks)

YANGON: Mahkamah Myanmar menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang wanita di atas pertuduhan mempersendakan ketua tentera dan pakaian seragam pasukan keselamatan negara itu di laman sosial Facebook.

Chaw Sandi Tun yang merupakan anggota parti Liga Nasional Demokrasi (NLD) didapati bersalah oleh Mahkamah Perbandaran Ma-ubin di kawasan Ayeyawady, kata peguam Robert San Aung kepada Reuters.

Wanita itu disabitkan kesalahan di bawah undang-undang telekomunikasi.

Akta berkenaan mengandungi klausa yang menyatakan larangan menggunakan rangkaian telekomunikasi untuk "memeras, mengugut, menghalang, memfitnah, menganggu, mempengaruhi atau menakut-nakutkan".

Kenyataan Chaw Sandi Tun di Facebook membandingkan pakaian seragam baharu warna hijau muda untuk pegawai tentera dengan "longyi", skirt tradisional Myanmar yang dipakai oleh pemimpin parti NLD, Aung San Suu Kyi.

Wanita berkenaan ditahan pada Okotber lalu. 

Pada bulan yang sama, seorang kakitangan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Patrick Kum Jaa Lee ditahan kerana kenyataannya di Facebook kerana mempersenda tentera.

Lelaki tersebut berhadapan dengan hukuman penjara tiga tahun sekiranya didapati bersalah.

Para pengkritik berkata, penahanan itu merupakan sebahagian daripada usaha menangani kenyataan yang dianggap keterlaluan terhadap tentera dan kerajaan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan