China Secara Rasmi Tamatkan Dasar Satu Anak

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2015 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: China secara rasmi menamatkan dasar satu anak pada Ahad selepas menandatangani rang undang-undang yang membenarkan pasangan berkahwin untuk mempunyai anak kedua dalam usaha negara itu menangani isu populasi menua dan pengurangan tenaga kerja.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa perubahan itu diumumkan pemerintah Parti Komunis pada Oktober lalu, yang berkuat kuasa bermula 1 Januari ini.

Semua pasangan berkahwin akan dibenarkan untuk memiliki anak kedua tetapi perundangan masih mengehadkan kelahiran tambahan.

Dasar satu anak dilaksanakan di China pada lewat 1970-an yang mengehadkan seorang anak sahaja bagi pasangan yang berkahwin.

Pihak berkuasa selama bertahun-tahun memberi alasan bahawa dasar itu adalah penyumbang utama terhadap perkembangan ekonomi China dan menyekat 400 juta kelahiran.

Ia telah dikuat kuasakan oleh suruhanjaya kebangsaan menerusi sistem denda kepada yang mereka yang melanggar peraturan atau sering melakukan pengguguran secara paksaan.

Dasar itu mengakibat pengguguran yang menyasarkan anak perempuan berikutan penerimaan masyarakat negara itu lebih cenderung memilih anak lelaki.

Keluarga di luar bandar sudah dibenarkan untuk mempunyai dua anak sekiranya anak pertama adalah perempuan. 

Kesannya, populasi China merupakan yang terbesar dengan 1.37 bilion orang kini menua dengan cepatnya, dan bilangan jantina tidak seimbang dan jumlah tenaga kerja yang menyusut. 

Kebimbangan itu telah membawakan kepada perubahan had pada 2013 di mana membenarkan pasangan untuk mempunyai dua anak sekiranya salah seorang daripada mereka merupakan anak tunggal.

Bagaimanapun tidak ramai yang mengambil peluang itu berikutan pendapatan yang terhadap dan kos yang dilihat lebih tinggi.

Pakar berpendapatan perubahan kepada dasar dua anak itu mungkin terlalu sedikit dan agak terlewat untuk menangani krisis populasi di China. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan