Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Afghanistan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2015 8:51 AM

Seorang mangsa yang menerima rawatan di hospital di Peshawar, Pakistan akibat gempa bumi berukuran 6.2 magnitud yang melanda Afghanistan pada awal pagi Sabtu. Gempa bumi itu turut dirasai di Paksitan dan utara India. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

KABUL: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan timur laut Afghanistan pada awal pagi Sabtu mengakibatkan sekurang-kurangnya 17 cedera, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Gempa berukuran kedalaman 203.5 kilomter itu menggegarkan kawasan kira-kira 280 kilometer dari Kabul, ibu negara Afghanistan pada pukul 11.44 malam waktu tempatan (3.24 waktu Malaysia).

Penduduk di Kabul bergegas keluar menyelamatkan diri daripada kediaman dan bangunan walaupun keadaan begitu sejuk ketika insiden berlaku.

Menurut seorang wartawan AFP, gempa bumi tersebut turut dirasai di Islamabad, ibu negara Pakistan.

Dikatakan bahawa gegaran berterusan selama sekurang-kurangnya 30 saat.

Malah terdapat kenyataan di kalangan pengikut laman sosial Twitter memberitahu gegaran turut dapat dirasai sehingga di New Delhi, India.

Pada Oktober lalu, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda Pakistan dan Aghanistan, mengorbankan hampir 400 orang selain memusnahkan banyak harta-benda dan bangunan. - AFP

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan