Kerajaan Syria Bunuh 28 Orang Awam Termasuk Kanak-Kanak

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

BEIRUT: Serangan udara oleh kerajaan Syria menyebabkan seramai 28 orang awam termasuk 10 kanak-kanak terbunuh dekat Damsyik pada Khamis.

Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia terhadap Syria berkata, sekurang-kurangnya 60 orang awam lagi mengalami kecederaan dalam serangan di Hammuriyeh dan Irbin yang merupakan kawasan jajahan pemberontak.

"20 orang awam termasuk lapan kanak-kanak terbunuh dalam serangan di Hammuriyeh manakala enam lagi yang juga terdiri daripada kanak-kanak maut dalam serangan di Irbin," jelasnya.

Kawasan tersebut sering menjadi lokasi sasaran tentera kerajaan yang dipimpin oleh regim  Bashar al-Assad.

Dua orang awam lagi turut terbunuh dalam serangan bom di Douma yang juga dilakukan oleh tentera.

Tags / Kata Kunci: Syria , Bunuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan