Apartment Di Hong Kong Catat Rekod, Dijual Pada Harga AS$76.7 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Sebuah pangsapuri mewah di Hong Kong mencatat rekod apabila ia dijual pada harga HK$594.7 juta (AS$76.7 juta) beberapa hari sebelum Krismas, menjadikan ia sebagai rumah bertingkat termahal pernah dijual di bandar itu dan mungkin di Asia, menurut laporan, Jumaat.

Seorang pembeli yang tidak dikenali telah membayar lebih dari HK$103,700 bagi setiap kaki persegi unit itu yang berkeluasan  5,732 kaki persegi (532 meter persegi) di menara pansapuri mewah 39 Conduit Road di bandar selatan China, sebuah kawasan perumahan golongan pertengahan, The Apple Daily dan The Standard melaporkan.

Unit itu yang terletak di tingkat 46 dengan pemandangan ikonik Victoria Harbour dan bumbung berkeluasan 1,754 kaki persegi telah disenaraikan pada harga HK$646.48 juta di laman web pemaju Henderson Land Properties.

Harga itu mengatasi rekod terdahulu HK$470 juta yang dibayar untuk unit mewah keseluruhan lapan tingkat di Opus Hong Kong, sebuah bangunan kediaman 12 tingkat yang direka oleh Pritzker pemenang hadiah arkitek Frank Gehry pada tahun 2012.

Henderson Land tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen pada Jumaat yang merupakakan cuti umum.

Tags / Kata Kunci: apartment termahal , 39 Conduit Road

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan