Wanita Malaysia Miliki Dadah Ditahan Di Singapura

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal wanita warga Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Sabtu, selepas didakwa memiliki dadah seberat lebih 1.4 kilogram di dalam beg galasnya.

Wanita itu ditahan selepas pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengarahkan wanita yang menaiki motosikal berdaftar di Malaysia itu melakukan pemeriksaan rutin sebaik dia tiba di pusat pemeriksaan itu pada 4.20 petang.

Pegawai itu mendakwa menemukan 470 gram heroin dan 980 gram kanabis di dalam beg galas wanita berkenaan, menurut kenyataan akhbar bersama daripada ICA dan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Dadah itu dianggar bernilai S$65,000 (S$1=RM3.03).

Suspek dan bahan bukti rampasan itu diserah kepada CNB untuk siasatan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Dadah , Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan