Tertembak Tetamu Ketika Majlis Perkahwinan - Berita Dunia | mStar

Tertembak Tetamu Ketika Majlis Perkahwinan

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA terlampau gembira dalam satu majlis perkahwinan, seorang lelaki yang sedang memegang selaras rifal automatik tertembak sehingga mati lelaki yang berdiri di depannya.

Ketika kejadian di Iraq, lelaki berkenaan merupakan sebahagian daripada tetamu dan sedang bergembira termasuk menepuk tangan.

Ketika tetamu lain bersorak, menari dan bertepuk tangan, lelaki tersebut tiba-tiba tertekan picu senjatanya dan terkena seorang lelaki lain.

Mangsa maut di tempat kejadian manakala suasana bertukar panik dan tetamu lain lari meninggalkan majlis tersebut.

Tetamu majlis perkahwinan di Iraq membawa senjata kerana bimbang serangan daripada puak tertentu ketika mereka meraikan pengantin.

Tags / Kata Kunci: Iraq
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan