Pengacara Miss Universe Silap Umum Pemenang

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

LAS VEGAS: Peserta Filipina diumumkan sebagai Miss Universe 2015 pada Ahad selepas pengacara pertandingan yang sebelum itu tersilap menyebut nama peserta lain sebagai pemenang.

Pengacara yang merupakan pelawak, Steve Harvey tersilap membaca kad yang menyenaraikan nama pemenang sehingga beliau tersilap menyebut Miss Colombia, Ariadna Gutierrez sebagai pemenang.

Gutierrez yang gembira dengan pengumuman itu melemparkan senyuman dan membuat lambaian kepada para penonton.

Bagaimana detik itu hanya buat sementara waktu.

Harvey kemudiannya berkata: "Saya harus memohon maaf. Pemenang kedua ialah Colombia, Miss Universe 2015 adalah Filipina," tambahnya yang merujuk kepada pemenang sebenar yang merupakan peserta Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.

Keadaan tersebut mencetuskan kekecohan kerana mengelirukan dan mengejutkan para penonton pada pertandingan yang diadakan di Las Vegas.

"Ia adalah kesilapan saya," ujar Harvey. - AFP

Tags / Kata Kunci: Miss Universe

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan