Kapal Persiaran Mewah Singgah Di Johor

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 12:17 PM

(Ubah saiz teks)

JOGJAKARTA: Sebuah kapal persiaran mewah, SuperStar Virgo milik Star Cruises akan singgah di Terminal Feri Puteri Harbour, Nusajaya dekat Johor Baharu, Rabu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata persinggahan selama sehari di terminal berkenaan merupakan permulaan baik dalam mempromosikan pelancongan Johor di peringkat antarabangsa.

"Pemilihan Johor Baharu sebagai satu daripada destinasi perhentian sepanjang 48 hari pelayaran SuperStar Virgo juga membuka lembaran sejarah baharu kepada sektor pelancongan Johor.

"Ketibaan SuperStar Virgo bersama rombongannnya bakal disambut oleh kerajaan negeri Johor menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Johor sebagai tanda 'Selamat Datang' kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Misi Pelancongan 'Explore Johor' ke daerah istimewa Jogjakarta, yang bermula Jumaat lepas dan berakhir pada Ahad.

Tee berkata pelayaran SuperStar Virgo yang bermula dari Hong Kong, di China merangkumi lapan negara benua Asia dan Australia.

Beliau berkata kapal itu yang membawa 1,000 penumpang dan 800 anak kapal kemudian singgah di Danang dan Ho Chi Minh di Vietnam serta Bangkok di Thailand sebelum singgah berlabuh di Nusajaya.

Beliau berkata selepas itu, SuperStar Virgo akan belayar ke Singapura, Sihanoukville di Kemboja, Jakarta dan Bali di Indonesia dan beberapa tempat termasuk Darwin, Adelaide, Melbourne, Sydney, Brisbane, Fremantle serta Tasmania di Australia.

Menurut Tee, para pelancong kapal itu dijangka akan meluangkan masa berkunjung ke beberapa pusat pelancongan di Johor Baharu seperti Taman Tema Legoland dan Johor Premium Outlet sepanjang persinggahan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Superstar Virgo

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan