Gempa 6.0 Magnitud Gegar Kalimantan - Berita Dunia | mStar

Gempa 6.0 Magnitud Gegar Kalimantan

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegar Indonesia awal pagi Ahad, tetapi tiada sebarang laporan kerosakan atau kematian, kata Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

USGS berkata, gempa bumi itu melanda kawasan timur laut Kalimantan, Indonesia, kira-kira 34 kilometer utara bandar Tarakan.

Agensi itu melaporkan gempa bumi tersebut berpusat pada kedalaman 22 kilometer.

Sehubungan itu, Pusat Amaran Tsunami Indonesia berkata, gempa bumi berkenaan tidak berpotensi untuk menyebabkan tsunami.

Tiada laporan berkaitan kerosakan diterima. 

Sementara itu, bulan lalu, gempa bumi 6.1 magnitud melanda timur Indonesia dan gegarannya turut dirasai di Saumlaki.

Gegaran itu menyebabkan sebahagian penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri walaupun bencana itu tidak menyebabkan tsunami.

Pada awal November lalu, dua gempa bumi menggegar Sumatera - gegaran awal berukur 6.1 magnitud dan disusuli gempa 6.4 magnitud beberapa jam kemudian.


Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Kalimantan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan