Star Wars 'Serbu' Rumah Putih

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 10:55 AM

Josh Earnest bersama watak Star Wars pada sesi taklimat sempena tayangan khas filem berkenaan yang dihoskan Wanita Pertama Amerika Syarikat di Rumah Putih.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Robot R2-D2 dan dua tentera Stormtroopers menyerikan sesi taklimat sempena tayangan filem Star Wars: The Force Awakens khusus buat kanak-kanak daripada keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam peperangan di Rumah Putih.

Kehadiran watak popular itu dalam episod terbaharu filem yang dinantikan ramai itu mengejutkan wartawan yang membuat liputan sidang media yang dikendalikan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Josh Earnest.

Tayangan khas itu dihoskan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama.

Star Wars: The Force Awakens dijangka mencatat kutipan lebih AS$200 juta (RM857 juta) menjelang hujung minggu ini dan mungkin mengatasi pungutan filem Jurassic World Jun sebanyak AS$208.8 juta (RM895 juta) pada Jun lalu.

Siri ketujuh filem berkenaan yang menampilkan pelakon baru seperti Daisy Ridley, John Boyega dan Oscar Isaac selain pelakon asal, Mark Hamill, Carries Fisher dan Harrison Ford, mendapat pujian pengkritik dan memperoleh 95 peratus penilaian positif dalam ulasan yang dibuat laman web Rotten Tomatoes. - Reuters




iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan