Seni Khat Cetus Kekecohan

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Matlamat untuk mendidik seni khat bertukar kecoh apabila ada pihak mencetuskan kebimbangan mengenai kerja rumah penulisan Arab klasik yang diberikan kepada pelajar.

Lebih memburukkan keadaan apabila insiden itu dikaitkan dengan sentimen anti-Islam di Amerika Syarikat (AS) susulan kejadian tembakan di California baru-baru ini.

Situasi itu menyebabkan sekolah itu terpaksa di tutup sementara untuk meredakan keadaan apabila berita mengenai kerja rumah berkenaan tersebar di media sosial.

Guru terlibat, Cheryl LaPorte, yang mengajar subjek Geografi Dunia di Sekolah Menengah Riverheads di Staunton, Virginia, meminta pelajarnya menulis semula penulisan bahasa Arab klasik supaya mereka dapat mendalami kesenian pada penulisan khat itu.

Ayat dalam bahasa Arab yang diberi sebagai kerja sekolah itu merupakan sebahagian ayat dari al-Quran.

Bagaimanapun reaksi negatif yang mencetuskan kebimbangan menyebabkan pihak sekolah terpaksa membatalkan kelas, sekali gus 10,000 pelajar diarah pulang, selain kegiatan sukan hujung minggu juga digantung. --AFP

Tags / Kata Kunci: khat , Virginia , Arab

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan