Pelarian Dunia Lebih 60 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Rekod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan bilangan pelarian di seluruh dunia kini melebihi 60 juta, berbanding 59.5 juta pada akhir tahun lalu.

Antara sebab yang mendorong peningkatan jumlah itu adalah peperangan Syria dan konflik lain termasuk di Palestin.

Laporan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) menganggarkan 20.2 juta pelarian melarikan diri daripada perang dan penganiayaan sejak 1992.

Reuters pula melaporkan, hampir 2.5 juta permohonan suaka belum selesai, dengan Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat (AS) menerima bilangan tuntutan baharu tertinggi iaitu kira-kira sejuta yang dibuat pada separuh pertama tahun ini.

"Sepanjang 2015, jumlah pelarian seluruh dunia melebihi 60 juta buat pertama kalinya. Satu dalam setiap 122 manusia hari ini adalah seseorang yang telah dipaksa untuk meninggalkan rumah mereka.

"Dianggarkan 34 juta kehilangan tempat tinggal pada pertengahan tahun, kira-kira lebih dua juta dalam tempoh sama tahun lalu. Perang saudara Yaman yang tercetus Mac lalu menyumbang jumlah paling tinggi seramai 933,500, orang," menurut laporan itu.



Tags / Kata Kunci: pelarian , UNHCR , PBB

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan