75 Maut Tunjuk Perasaan Di Ethiopia

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 5:06 PM

Ahli keluarga pada majlis pengebumian seorang guru sekolah rendah, Dinka Chala yang ditembak mati oleh pasukan tentera semasa demonstrasi di bandar Holonkomi, Ethiopia baru-baru ini. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dalam perhimpunan tunjuk perasaan di Ethiopia, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) pada Sabtu.

HRW berkata, perhimpunan itu menyaksikan pasukan tentera dan polis melepaskan tembakan kepada para penunjuk perasaan.

"Menurut aktivis, pasukan tentera dan polis melepaskan tembakan terhadap demonstrasi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 75 penunjuk perasaan maut dan mencederakan ramai yang lain," kata HRW dalam satu kenyataan.

Jurucakap kerajaan, Getachew Reda berkata, demonstrasi aman yang bermula sejak bulan lalu telah bertukar ganas, dengan mendakwa para penunjuk perasaan "melakukan keganasan terhadap orang awam".

Demonstrasi bermula pada bulan lalu dengan sekumpulan pelajar membantah cadangan kerajaan untuk mengambil-alih wilayah di beberapa bandar di rantau Oromia, sehingga menimbulkan kebimbangan bahawa ibu negara Eithiopia, Addis Abba akan mengambil tanah yang diduduki oleh penduduk Oromo, etnik terbesar di negara itu. 

Tunjuk perasaan diadakan di beberapa bandar antaranya Haramaya, Jarso, Walliso dan Robe. - AFP


iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan