Krismas Dijangka Suram Di Filipina

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 11:29 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Sambutan Hari Krismas yang kebiasaannya meriah di Filipina dijangka bertukar suram kali ini apabila rakyatnya terpaksa berhadapan dengan situasi cemas akibat dibadai Taufan Melor sejak beberapa hari lalu.

Setakat ini, sembilan terbunuh, manakala beratus-ratus lagi terpaksa bermalam di atas bumbung rumah apabila Taufan Melor melanda tengah Filipina sekali gus menenggelamkan perkampungan di kawasan itu.

Ribut yang turut dikenali sebagai Nona di kalangan penduduk tempatan itu juga menyebabkan bandar raya ini lumpuh akibat banjir yang naik hingga ke paras dada, sekali gus menyebabkan perkhidmatan pengangkutan terjejas.

Pada Jumaat, taufan itu berada kira-kira 150 kilometer ke barat daya Pulau Mindoro, selatan Manila dengan kelajuan angin mencecah 130 kilometer sejam.

Pegawai pengurusan bencana, Jonathan Baldo berkata, ratusan rakyat masih ditempatkan di pusat pemindahan kerana kediaman mereka musnah akibat ribut itu.

"Situasi terkini ini menyebabkan ramai yang terpaksa menyambut Krismas di pusat-pusat pemindahan tanpa bekalan elektrik dan air bersih,” katanya.



Katanya lagi, beribu-ribu rumah kini hanya tinggal tiang apabila bencana itu  memusnahkan kediaman mereka.

Sementara itu, Gabenor Mindoro, Alfonso Umali berkata, empat terbunuh manakala lima lagi hilang dalam bencana yang disifatkan sebagai antara taufan paling kuat pernah melanda wilayahnya sejak beberapa tahun lalu.

"Lima lagi mati di Samar Utara ketika Taufan Melor tiba melanda selatan Manila Kira-kira 90 peratus wilayah Samar Utara terjejas akibat ribut ini ," katanya.

Taufan Melor turut memaksa seramai 800,000 orang berpindah ke pusat-pusat perlindungan sementara. Laman cuaca Accuweather melaporkan, satu lagi ribut dijangka membadai selatan Filipina lewat minggu ini. – Reuters


Tags / Kata Kunci: Filipina , Krismas , Pulau Mindanao

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan