Warga Asing Tinggal Di UK Cecah 5 Juta Orang

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 12:16 PM

Lima juta warga asing dilaporkan tinggal di UK.

(Ubah saiz teks)

JUMLAH warga asing yang menetap di United Kingdom (UK) dianggarkan mencecah lima juta orang.

Menurut Badan Statistik Kesatuan Eropah (Eurostat) , jumlah tersebut mencatatkan peningkatan besar berbanding hanya 1 juta sejak 2009.

Skala Imigresen menunjukkan seorang daripada 12 individu di UK pada tahun lepas merupakan warga asing.

Data tersebut membuktikan kebanjiran warga asing yang mengambil kesempatan daripada ekonomi Britain yang semakin pulih berikutan zon euro masih bergelut dalam keadaan huru-hara.

Ia juga memberi tekanan baharu kepada Perdana Menteri Britain, David Cameron untuk membatalkan perjanjian dengan EU dalam isu ini.

Angka terbaharu itu membuktikan Britain perlu meninggalkan EU bagi mengawal kembali sempadan negara tersebut.

Ahli Parlimen Tory, Peter Bone berkata: Jumlah besar ini amat mengerikan dan masalahnya ia akan terus meningkat jika kita tidak menghentikan aliran yang tidak terhad dari EU.

"EU akan berkembang dengan Turki disebut-sebut sebagai ahli , jadi kita tidak akan biarkannya. Satu sahaja cara untuk kita melakukannya adalah keluar daripada EU.

"Kebanyakan orang di dalam negara ini menyedari peningkatkan jumlah warga asing adalah tidak mampan, jadi kita harus mempertahankan sempadan negara kita," katanya.

Angka tersebut menunjukkan 7.9 peratus daripada 64,308,261 populasi penduduk UK terdiri daripada warga asing.

Angka sebanyak lima juta itu adalah antara yang masih belum mendapat taraf warganegara British.

Daripada jumlah tersebut, 2.6 juta adalah rakyat EU.


Tags / Kata Kunci: United Kingdom , warga asing

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan