Singapura Haramkan Vape Mulai Hari Ini - Berita Dunia | mStar

Singapura Haramkan Vape Mulai Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Berkuatkuasa hari ini, Kementerian Kesihatan negara ini mengharamkan produk tembakau baharu termasuk vape.

Pengumuman mengenainya telah dibuat Jun lalu dan pelaksanaan peraturan terbaharu ini akan dijalankan dalam dua fasa.

Laman web Channel News Asia melaporkan, kementerian itu memaklumkan produk yang terlibat dalam fasa pertama termasuk rokok dan rokok tidak berasap, sebarang produk nikotin atau tembakau yang boleh ditanam atau disuntik ke mana-mana bahagian badan, selain sebarang bahan melibatkan tembakau atau nikotin yang bertujuan digunakan bersama nikotin elektronik.

“Pengharaman produk berkenaan akan dikuatkuasakan mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Kawalan Pengiklanan dan Jualan Tembakau.

“Mereka yang didapati melanggar pengharaman berkenaan boleh dikenakan denda sehingga S$20,000 (RM61,328) atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya," kata kementerian itu.

Kementerian itu menambah, fasa kedua pengharaman berkenaan akan melibatkan produk tembakau yang sudah berada dalam pasaran tempatan dan akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos tahun depan.

“Ia termasuk produk bahan tembakau yang disedut melalui hidung dan mulut, produk gutkha, khaini dan zarda," kata kementerian berkenaan.

Langkah menguatkuasakan peraturan ini bagi memastikan produk terlibat tidak memasuki pasaran republik ini.




Tags / Kata Kunci: vape , Singapura , Kementerian Kesihatan , tembakau
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan