Lapangan Terbang Malang Ditutup Sementara

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 9:05 PM

Gunung Bromo.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Lapangan Terbang Abdul Rachman Saleh di Malang, Jawa Timur terpaksa ditutup sementara pada Selasa akibat debu gunung berapi Gunung Bromo yang semakin aktif sehingga mengganggu penerbangan.

Media tempatan memetik Ketua Unit Pelaksana Teknis (UPT) Lapangan Terbang Abdul Rachman Saleh, Suharno sebagai berkata penutupan lapangan terbang itu berkuatkusa mulai pukul 10.00 pagi Selasa dan perkembangannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Katanya, sebelum lapangan terbang itu ditutup dua buah pesawat iaitu Sriwijaya Air dan Batik Air sempat mendarat dengan selamat.

Beliau berkata, dengan penutupan itu, syarikat-syarikat penerbangan mempunyai pilihan sama ada menunda penerbangan atau mengalih pendaratan ke Lapangan Terbang Juanda Sidoarjo di Surabaya.

Suharno berkata, pihaknya telah memaklumkan penutupan lapangan terbang itu kepada semua syarikat penerbangan demi keselamatan penumpang.

Malang ialah salah sebuah destinasi pelancongan yang popular di Jawa Timur dan terletak kira-kira 90 kilometer dari Surabaya.

Gunung Bromo yang terletak di Malang telah mula mengeluarkan abu vulkanik sejak minggu lepas dan setakat ini abu itu dikatakan menyembur sekitar 1,500 kilometer di atas puncak.

Ekoran itu semua penerbangan ke Malang telah dibatalkan sejak 11 Disember lepas.

Lapangan terbang Malang itu bagaimanapun dibuka kembali semalam setelah keadaan debu itu dilaporkan berkurangan.

Namun, pada pagi Selasa debu gunung berapi itu kembali meluap tinggi ke udara yang menyebabkan lapangan terbang itu terpaksa ditutup semula. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan