Tiga Korban Pertama Taufan Melor

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 12:15 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Hari pertama Taufan Melor membadai tengah Filipina telah mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga maut apabila berlaku hujan lebat, angin kencang hingga menyebabkan penduduk terpaksa bergelap.

Tiga yang terkorban itu termasuk seorang akibat hiportemia, manakala dua lagi mangsa lemas dalam banjir di Catarman yang terletak di wilayah Samar Utara di Visayas, selatan Manila.

Taufan yang juga dikenali sebagai Nona di kalangan penduduk tempatan itu memaksa hampir 800,000 penduduk berpindah.

Bekalan elektrik terputus apabila talian transmisi putus dan tiang elektrik tumbang.

Ribut dengan angin selaju 140 kilometer sejam itu berada kira-kira 40 kilometer ke utara-timur laut Pulau Romblon awal hari ini, bergerak ke barat dan semakin lemah.

Agensi kaji cuaca Filipina, Accuweather menjangka Melor akan menyeberangi bahagian tengah negara itu pada tengah hari ini dan ia akan terus menyasarkan selatan Luzon hingga Mindoro.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, Alexander Pama, berkata hampir 800,000 penduduk dipindahkan ke kawasan perlindungan.

Tags / Kata Kunci: Taufan Melor , Nona , Visayas , Luzon

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan