Larang Orang Islam Masuk AS: Papan Iklan Donald Trump Di Dubai Diturunkan

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2015 9:05 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH firma yang membangunkan projek pembangunan dengan kerjasama Donald Trump di Dubai telah menurunkan nama dan gambar bilionair itu dari projek hartanahnya ketika kontroversi yang melanda Trump baru-baru ini yang menggesa larangan masuk orang Islam ke Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan calon presiden AS bagi parti Republikan itu mencetuskan kemarahan seluruh dunia yang disifatkan sebagai serangan balas terhadap insiden tembakan rambang di California membabitkan dua penyerang beragama Islam.

Portal Mirror melaporkan bahawa ketiadaan jenama Trump dalam projek pembangunan bernilai AS$6 bilion (RM25.96 bilion) itu berikutan kebimbangan di Timur Tengah berhubung kenyataan Trump.

Trump mempunyai perjanjian bersama Damac Properties untuk melesenkan nama dan imejnya bagi sebuah projek pembangunan dan dua kompleks golf.

Papan iklan di sebelah kiri memaparkan nama dan gambar Trump sebelum ia diturunkan pada Jumaat.

Sebuah papan iklan di luar projek pembangunan 'Akoya by Damac' sebelum ini menunjukkan gambar Trump memakai topi warna merah dengan menghayunkan kayu golf.

Bagaimanapun pada Jumaat, iklan tersebut telah diturunkan manakala satu lagi iklan bagi projek pembangunan 'The Beverly Hills of Dubai' masih kekal didirikan di sebelahnya.

Ia kini digantikan dengan iklan yang baharu. 

Selain itu, serpihan huruf-hurut nama Trump juga telah diturunkan dari tembok di tanah pasir di kawasan projek pembinaan itu.

Damac Properties enggan mengulas mengenai penurunan nama dan iklan Trump.

Terdahulu syarikat itu memberitahu bahawa ia tidak akan memberi komen mengenai sebarang agenda peribadi atau politik Trump.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan