Penumpang Pesawat Biadap Dikutuk Di China - Berita Dunia | mStar

Penumpang Pesawat Biadap Dikutuk Di China

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 10:13 AM

(Ubah saiz teks)

GAMBAR seorang wanita meletakkan kakinya di tempat letak tangan seorang lagi penumpang wanita sebuah pesawat menjadi viral dan dikutuk netizen di China.

Tindakan kurang sopan itu dilakukan seorang penumpang pesawat AirAsia ketika penerbangan dalam dari Bangkok ke Xi'an, China.

Gambar berkenaan dirakam penumpang yang menjadi mangsa kepada wanita berkenaan selepas enggan menurunkan kakinya.

Tindakan wanita itu berkongsi gambar tersebut di laman sosial Weibo kemudian menjadi viral dan mendapatkan kutukan daripada netizen di China.

Wanita itu berkata, dia tidak gembira dengan tindakan penumpang di belakangnya dan sikap biadap seperti ini perlu dihentikan kerana menganggu orang lain.

Tags / Kata Kunci: Weibo , China , AirAsia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan