Mexico Lulus Vaksin Denggi Pertama Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 12:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mexico telah meluluskan vaksin denggi pertama di dunia, Dengvaxia, pada hari Rabu, namun Malaysia masih belum mengambil keputusan mengenai perkara tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama Kementerian Kesihatan masih lagi mengkaji isu itu.

Antara keraguan yang timbul ialah kadar keberkesanan rendah vaksin itu terhadap DEN2, iaitu jenis virus yang paling kerap ditemui dalam kes-kes denggi di Malaysia.

Tindakan pihak berkuasa kesihatan Mexico itu menjadikan Dengvaxia vaksin pertama di dunia yang dilesenkan untuk mengelakkan jangkitan denggi.

Keputusan itu diambil Mexico setelah berpuas hati dengan keputusan fasa terakhir ujian vaksin itu di negara-negara Amerika Latin pada 2014. Ia telah dijalankan ke atas 20,875 kanak-kanak berumur dari 9-16 tahun di Brazil, Columbia, Honduras, Mexico dan Puerto Rico.

Tags / Kata Kunci: Mexico , Denggi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan