Universiti Pecat Profesor Amuk Dalam Pesawat - Berita Dunia | mStar

Universiti Pecat Profesor Amuk Dalam Pesawat

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 10:39 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sebuah universiti di wilayah Sichuan di China menamatkan perkhidmatan seorang profesor yang bertindak di luar kawalan di dalam pesawat sebagai cubaan untuk menaik taraf kelas penerbangannya kepada kelas pertama.

Dalam satu kenyataan di akaun rasmi universiti itu di media sosial Weibo pada Selasa, Universiti Ekonomi dan Kewangan Southwestern di Chengdu, wilayah Sichuan mengesahkan bahawa lelaki berkenaan yang dikenal pasti sebagai Lu Yong telah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan sejak Ogos lalu.

Beliau juga merupakan pengarah bagi Pusat Penyelidikan Kewangan Internet di universiti tersebut.

Menurut universiti berkenaan, pihaknya tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan pensyarah yang tidak beretika.

"Kami percaya seseorang profesor seharunys dihormati dari segi moral kerana mereka merupakan pendidik kepada pra pelajar," tambahnya.

Dalam kejadian yang membabitkan pesawat United Airlines, Lu dikatakan mabuk sebelum mengamuk kerana tidak berpuas hati apabila permintaannya untuk menukarkan kelas penerbangan kepada kelas pertama tidak dipedulikan.

Rakaman video yang tersebar secara dalam talian pada 6 Disember lalu menunjukkan pegawai polis cuba untuk menahan Lu dalam pesawat United Airlines sejurus sebelum ia memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Pudong di Shanghai ke New York. – The Straits Times/Asia News Network

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan