Kate Middleton Pertama Kali Pakai Tiara Kegemaran Puteri Diana

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

ISTERI kepada pewaris takhta diraja Britain, Kate Middleton buat pertama kali memakai tiara kegemaran milik mendiang Puteri Diana.

Portal Mail Online melaporkan Duchess of Cambridge itu dilihat memakai tiara berkenaan sewaktu menghadiri majlis diplomatik tahunan di Istana Buckingham, London.

Tiara tersebut merupakan kegemaran Puteri Diana semasa hayatnya.

Tiara itu pada asalnya dibuat mengikut rekaan Ratu Mary, isteri kepada Raja George V pada 1914 dengan hiasan bertakhtakan mutiara dan berlian.

Dalam wasiatnya, Ratu Mary mewariskan tiara berkenaan kepada Ratu Elizabeth. 

Pada 1981, baginda memberikan tiara tersebut kepada Diana yang merupakan ibu Putera William.

Diana memakainya buat pertama kali semasa pembukaan parlimen pada November tahun berkenaan.

Diana turut memakai tiara tersebut pada 1985 dalam lawatan rasminya ke Washington, Amerika Syarikat (AS) bersama Putera Charles.

Bagaimanapun, Istana Buckgham belum dapat mengesahkan sama ada tiara berkenaan telah dikembalikan kepada Ratu Elizabeth berikutan kematian Diana dan kini diberikan kepada Kate, atau hanya sekadar dipinjamkan untuk dipakai pada majlis itu.


Tags / Kata Kunci: Kate Middleton , Puteri Diana

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan