IS Latih Juruterbang Berani Mati

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 11:50 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) dilapor sedang melatih juruterbang berani mati untuk melakukan serangan ke negara barat.

Kumpulan itu kini dikatakan mempunyai dua simulator pesawat pejuang untuk menjalani latihan.

IS juga didakwa mempunyai pesawat jenis MIG yang mampu diterbangkan hingga ke Rome, Itali dan selatan Perancis untuk melakukan serangan berani mati.

Malah, ia juga boleh diletupkan di London walaupun bandar itu belum dijadikan sasaran utama setakat ini.

Kumpulan berkenaan berjaya menawan sebuah lapangan terbang di Gardabiya yang terletak kira-kira 20 kilometer di selatan Libya untuk melakukan operasi berkenaan sejak enam bulan lalu.

Ketika bertempur dengan tentera untuk mendapatkan lapangan terbang itu, IS berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya sebuah pesawat pejuang.

Tags / Kata Kunci: IS , Itali , Libya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan