Serangan Paris: Rangkaian Militan Dikait Individu Di Britain

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 8:02 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Rangkaian militan di sebalik serangan di Paris pada bulan lalu mempunyai kaitan dengan individu di Britain, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Jumaat yang memetik kenyataan pegawai.

Menurut dua pegawai, beberapa individu yang merupakan suspek dikaitkan dengan militan Negara Islam (IS) Abdelhamid Abaaoud yang didakwa sebagai ketua dalang dalam serangan pada 13 Novermber lalu berpangkalan di Britain.

WSJ diberitahu bahawa kesemua individu ini berpangkalan di Birmingham, tengah England, kira-kira 190 kilometer dari London.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi di London mengenai kaitan antara kumpulan yang melancarkan serangan sehingga mengorbankan 130 orang dengan militan di Britain.

Britain turut pernah diserang militan pada Julai 2005 apabila mengakibatkan 52 orang terbunuh dalam serangan bom dalam sebuah bas dan kereta api bawah tanah.

Britain yang memulakan serangan ke atas IS di Syria pada minggu ini sedang mempertingkatkan langkah berjaga-jaga. - Reuters

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan