Tiga Maut Serangan Berani Mati Di Cameroon

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 6:41 PM

(Ubah saiz teks)

YAOUNDE: Kumpulan yang disyaki militan Boko Haram melancarkan dua serangan bom berani mati di utara Cameroon pada Selasa malam, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang, menurut seorang pegawai dan sumber keselamatan pada Rabu.

Pengeboman berani mati sering dilakukan oleh wanita-wanita muda yang direkrut oleh kumpulan militan itu di negara jiran Nigeria.

Keadaan itu menjadikan kes serangan berlaku hampir setiap hari di wilayah utara Cameroon.

"Berlaku dua serangan berani mati malam tadi di Waza di utara Cameroon, dengan enam kematian, termasuk tiga penyerang," kata Michel Oumarou, timbalan pengawas bagi bandar Waza.

Dua sumber keselamatan turut mengesahkan serangan itu, dengan salah seorang daripada mereka memaklumkan bahawa jumlah kematian adalah lebih tinggi melibatkan enam orang awam.

Salah satu sumber menambah, pengebom berani mati ketiga dibunuh oleh pasukan keselamatan sebelum suspek sempat meletupkan bom berkenaan.

Cameroon menjadi sasaran serangan sejak ia menjadi sebahagian daripada pasukan petugas serantau dengan misi untuk menumpaskan Boko Haram menggunakan tentera dari Cha, Niger, Nigeria, Camerron dan Benin. - Reuters


Tags / Kata Kunci: Boko Haram

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan