Penerbangan Batal Akibat Banjir Landa Lapangan Terbang Chennai

Diterbitkan: Rabu, 2 Disember 2015 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Kesemua penerbangan keluar atau memasuki Chennai, Tamil Nadu dibatalkan berikutan banjir yang melanda kawasan lapangan terbang.

Pengarah Lapangan Terbang Chennai, Deepak Shastri berkata air banjir di lapangan terbang terbang telah sampai ke tempat peralatan pendaratan pesawat.

Beliau dipetik sebagai berkata penerbangan tidak dapat berlepas sehingga paras air surut.

Sementara itu, pasukan Tentera Darat dan Tentera Laut dikerah ke kawasan rendah di Chennai dalam operasi menyelamat ribuan mangsa yang terkandas di kediaman masing-masing akibat banjir yang semakin buruk. Pihak berkuasa telah meningkatan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut pegawai pihak berkuasa negeri, sekolah dan kolej terpaksa ditutup dan premis itu digunakan sebagai pusat penempatan mangsa banjir.

Bencana banjir itu dilapor turut menjejaskan perkhidmatan keretapi domestik dan antara bandar.

Dalam pada itu, Perdana Menteri India Narendra Modi dilaporkan menghubungi Ketua Menteri Tamil Nadu J. Jayalalithaa lewat malam tadi untuk memaklumkan mengenai bantuan daripada kerajaan pusat.

"Saya telah menghubungi Jayalalithaa Ji berkenaan keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di Tamil Nadu. Saya akan usahakan sebarang bentuk bantuan serta kerjasama bagi menghadapi keadaan sukar ini," kata Modi dalam akaun Twitter beliau.

Chennai dilaporkan dilanda banjir besar sejak dua minggu lepas sehingga mengorbankan hampir 120 orang ketika banjir gelombang pertama.

Menurut Jabatan Meteorologi India pada 16 November lepas, Chennai menerima taburan hujan 23.5sm berbanding 14sm yang dicatatkan pada 7 November 2005.

Dalam perkembangan berkaitan, jabatan itu meramalkan hujan lebat dijangka berterusan tiga hingga empat hari lagi.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Chennai , banjir , Deepak Shastri

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan