Lima Maut Dua Serangan Pengebom Berani Mati Wanita Di Utara Cameroon

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 5:17 PM

Gambar fail yang diambil pada 11 November 2014 menunjukkan orang ramai berjalan di sepanjang jalan utara di Maroua, ibu negara utara Cameroon. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

YAOUND: Lima maut dalam dua serangan berani mati oleh dua wanita di wilayah bergolak di utara Cameroon, kata gabenor wilayah itu, Midjiyawa Bakary.

"Dua wanita meletupkan diri mereka sendiri kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) di bandar Dabanga," kata Midjiyawa kepada AFP.

"Angka awal kematian ialah tujuh orang, termasuk dua pengebom berani mati," katanya.

Beliau menambah, dua tentera yang ditempatkan untuk memerangi kumpulan militan Nigeria, Boko Haram turut cedera parah.

Menurut Widjiyawa, Pengebom peratama meletupkan bahan letupannya di dalam sebuah rumah, manakala letupan kedua pula apabila wanita berkenaan meletupkan dirinya di sebuah kedai kimpalan.

Ia merupakan pertama kali pengebom berani mati menyerang Dabanga, sebuah bandar kecil dekat sempadan Nigeria.

Wilayah itu sering kali menjadi sasaran Boko Haram.

Minggu lalu, empat pengebom berani mati wanita meletupkan diri mereka sendiri dekat Fotokol di wilayah yang sama, mengorbankan lima orang.

Secara keseluruhan, lebih 100 orang terbunuh di utara Cameroon dalam 20 serangan berani mati sejak Julai lalu.

Pemberontakan Bokok Haram selama enam tahun menyebabkan sekurang-kurangnya 17,000 maut dan lebih 2.6 juta orang kehilangan tempat tinggal. - AFP

Tags / Kata Kunci: Boko Haram

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan