Betsy, Benjamin Nama Anak Panda Merah Di AS

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 12:23 PM

(Ubah saiz teks)

PHILADELPHIA: Betsy dan Benjamin, itulah nama yang diberikan kepada sepasang anak panda merah yang dilahirkan di Zoo Philadelphia di sini.

Nama itu sebagai penghormatan kepada dua tokoh di Amerika Syarikat (AS) iaitu Betsy Ross dan Benjamin Franklin.

Pilihan nama itu menerusi pertandingan yang diadakan selepas anak panda itu lahir 26 Jun lalu.

Menurut pihak Zoo Philadelphia, kelahiran kedua-dua anak panda merah itu penting untuk memastikan spesies berkenaan dapat terus dipulihara.

Anak panda jantan dan betina itu diperkenalkan kepada orang ramai oleh pihak zoo pada 18 November lepas.

Panda merah hidup di kawasan pergunungan di Nepal, Myanmar dan China



Tags / Kata Kunci: panda merah , Philadelphia , Betsy Ross

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan