Sweden Gantung Penerbangan Ke Utara Iraq Atas Faktor Keselamatan

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2015 8:41 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Sweden menggantung kesemua penerbangannya ke utara Iraq mulai Sabtu berikutan kebimbangan terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan di kawasan berkenaan, kata agensi pengangkutan negara itu pada Jumaat.

Iraq menutup ruang udara di bahagian utaranya selama sekurang-kurangnya 48 jam lebih awal pada minggu ini kerana trafik ketenteraan dari operasi udara Rusia di negara jiran Syria.

Keadaan itu mengakibatkan gangguan pada laluan penerbangan komersial dari Timur Tengah dan Eropah.

Penerbangan di utara Iraq telah disambung semula pada Rabu lalu. Bagaimanapun agensi pengangkutan Sweden dalam satu kenyataan di laman webnya memberitahu ia telah menyekat Iraqi Airways dab Air Zagros daripada membuat penerbangan ke Erbil dan Sulaimaniya di Iraq bermula Sabtu.

Wakil Air Zagros, anak syarikat AtlasGlobal di Turki mengesahkan penerbangan mingguan antara Stockholm dan Erbil telah digantung sehingga pengumuman baharu dibuat.

Iraqi Airways tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut.

Kenyataan agensi pengangkutan itu berkata, penerbangan lain antara Sweden dan utara Iraq termasuk yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Jerman, Germania turut dibatalkan.

"Kami memahami keputusan ini akan menjejaskan pengguna yang tidak dapat terbang dari dan ke utara Iraq. Tetapi kami perlu mengutamakan keselamatan penumpang," kata Simon Posluk, ketua agensi pengangkutan bagi kemudahan pengangkutan dan perkapalan. - Reuters

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan