MH17: Memorial Konsep Alam Semulajadi Di Schiphol

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 11:00 AM

Persekitaran taman berhampiran Lapangan Terbang Schiphol yang bakal menjadi lokasi memorial buat mangsa nahas MH17.

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan termasuk bunga matahari yang membentuk reben gergasi bakal ditanam di taman berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam bagi memperingati mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, menurut wakil keluarga mangsa pada Khamis.

Monumen negara yang dibina itu terdiri daripada 298 pokok mengikut jumlah mangsa yang terkorban, kata Yayasan Bencana Penerbangan MH17 menerusi kenyataan.

"Keluarga mangsa ingin membina memorial negara di Vijfhuizen berdekatan Schiphol," kata yayasan tersebut.

Tiga cadangan lokasi dikemukakan untuk keluarga memilih tempat yang sesuai iaitu di The Hague, taman berdekatan Lapangan Terbang Schiphol dan Eindhoven.

Pokok tersebut akan membentuk reben gergasi hijau bagi melambangkan simbol yang digunakan ahli keluarga nahas 17 Julai 2014.

Tiga cadangan itu telah dikemukakan pada awal November untuk membina monumen bagi memperingati mangsa terutamanya mangsa warga Belanda yang terkorban selepas pesawat itu ditembak jatuh di Ukraine.

Menurut media Belanda, kebanyakan ahli keluarga mengundi untuk projek taman di Schiphol yang mana ia adalah tempat terakhir mangsa di bawa keluar dari pesawat.

Pokok di taman itu dikelilingi dengan bunga matahari yang akan mekar pada 17 Julai setiap tahun dengan memancarkan cahaya keemasan.

"Kami rancang untuk bina monumen negara ini dengan berkonsepkan hutan hidup.

"Kami ingin bina tempat yang boleh mengimbau kenangan, tempat mangsa boleh diingati dan dikenangoleh keluarga mereka," menurut Yayasan Dana Hutan Negara.

Penyiasat Belanda membuat kesimpulan bahawa pesawat MAS ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia di wilayah bergolak di timur negara Ukraine pada bulan lalu.

Monumen ini dirancang untuk dikemukakan pada 17 Julai 2017.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko pada Khamis mengucapkan terima kasih kepada penyiasat Belanda yang mengetuai siasatan nahas berkenaan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, Poroshenko berkata siasatan berasingan terhadap nahas itu sedang dijalankan.

"Saya harap pada pertengahan Disember, sekurang-kurangnya sebelum akhir tahun ini, kita akan dapat maklumat penting dengan bukti siapa yang bersalah dan bertanggungjawab mengenai serangan ini," katanya.

Rutte memuji penyiasat yang bertungkus lumus dalam mencari kebenaran siapa yang harus dipersalahkan terhadap nahas berkenaan. --AFP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan