Juruterbang Jet Rusia Maut, Rakan Terselamat

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 10:00 AM

Juruterbang sempat keluar dari pesawat menggunakan payung terjun dan diselamatkan pihak tentera Syria.

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Seorang juruterbang jet Rusia yang ditembak jatuh tentera Turki terbunuh, manakala rakannya yang cedera diselamatkan tentera Syria selepas kedua-duanya berjaya keluar dari pesawat itu.

Maklumat itu disampaikan tentera Rusia yang menyiasat kejadian berkenaan dan disahkan Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu.

Kata Shoigu, juruterbang kedua telah diselamatkan tentera Syria yang menyokong Presiden Bashar al-Assad.

“Operasi menyelamat telah berakhir. Juruterbang kedua dibawa ke pangkalan tentera Rusia,” katanya.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, juruterbang yang terbunuh akan diberi penghormatan dengan dikurniakan anugerah tertinggi.

Selain itu, laman web Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan askar mereka dibunuh apabila sebuah helikopter Mi-8 yang dinaiki dalam operasi mencari dan menyelamat pasangan juruterbang itu ditembak dan terpaksa mendarat cemas.

Menurut Rudskoi, helikopter itu ditembak oleh mortar yang dilancarkan dari wilayah di bawah kawalan pemberontak. 





Tags / Kata Kunci: Rusia , Syria , Turki , Sergei Shoigu

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan