Tempahan Tiket Penerbangan Ke Paris Susut Akibat Serangan

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Tempahan penerbangan ke Paris, salah satu tempat yang paling banyak dilawati merosot sejak seminggu lalu berikutan serangan yang mengorbankan 130 orang di Paris.

Tempahan ke Paris daripada pelanggan seluruh dunia menurun kepada 27 peratus untuk tempoh 14 November hingga 21 November berbanding minggu yang sama pada tahun 2014, menurut data yang diperoleh dari firma maklumat pengembaraan, ForwardKeys.

Ketua Eksekutifnya Oliver Jager berkata penyusutan tempahan itu berlaku kepada pelancong ataupun pengembara berbanding kepada pelawat perniagaan atau mereka yang datang untuk melawat keluarga dan rakan.

"Tempoh pembatalan telah berakhir, tetapi bagi arah aliran tempahan masih tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan.

"Ia akan mengambil masa berbulan-bulan," katanya dalam temu bual sebelum data dikeluarkan pada Selasa.

ForwardKeys berkata tempahan untuk Krismas meningkat sebanyak 13 peratus dari tahun lepas.

Seminggu selepas serangan di Paris, pembatalan tempahan meningkat kepada 21 peratus lebih tinggi dari tahun lepas, namun  mulai stabil beberapa hari kemudian berbanding pada tahun lalu.

Perancis antara negara yang paling banyak dilawati di seluruh dunia dengan Paris mencatatkan 32.2 juta pelancong datang ke situ pada tahun lepas.

Syarikat Penerbangan Air France mengalami penyusutan dalam trafik selepas serangan di Paris, tetapi masih terlalu awal untuk membuat pengiraan, menurut sumber syarikat berkenaan pada minggu lalu.

Syarikat penerbangan murah EasyJet turut mengakui berlaku penyusutan dalam permintaan untuk ke Perancis. -Reuters

Tags / Kata Kunci: Paris , Perancis

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan