Bom Meletup Depan Pejabat

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

ATHENS: Satu letupan yang dipercayai daripada sebutir bom meletup di luar pejabat Pembangunan Persekutuan Greek di tengah Athens pada awal pagi Selasa namun tiada kecederaan dilaporkan, kata pegawai polis.

Serangan terhadap bank, ahli politik, wartawan dan ahli perniagaan sudah tidak asing lagi di Greece yang mempunyai sejarah keganasan politik dan kemelut krisis ekonomi yang melanda negara itu dalam satu dekad.

Polis percaya letupan yang berlaku itu dibuat oleh kumpulan gerila dan merupakan serangan pertama sejak Perdana Menteri Alexis Tsipras datang pada Januari lalu.

Bom yang dipasangkan dengan jangka masa itu diletakkan dalam beg sandang berdekatan pintu masuk ke bangunan pejabat berkenaan meletup sekitar pukul 3.30 pagi (0130 GMT).

Menurut pegawai polis, satu panggilan daripada 'Anonymous' telah memberi amaran kepada sebuah syarikat suratkhabar kira-kira 30 minit sebelum letupan itu berlaku.

Saksi kejadian terlihat serpihan kaca daripada cermin yang berkecai itu berteraburan ke jalan dan sebiji batu dilemparkan dari bangunan parlimen di Syntagma Square sebaris dengan kafe, bank dan kedai.

Polis telah mengepung dua blok bangunan berkenaan dan skuad penghapus bom diarahkan untuk memeriksa tempat kejadian. -Reuters

Tags / Kata Kunci: Athens

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan