Polis Belgium Tahan 16 Suspek, Kesan Dalang Serangan Paris

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 9:50 AM

(Ubah saiz teks)

BRUSSELS: Polis Belgium menahan seramai 16 individu dalam beberapa siri serbuan pada Ahad bagi mengesan pengganas, namun suspek bukan terdiri daripada Salah Abdeslam yang merupakan dalang serangan Paris.

"Seramai 16 telah ditahan, termasuk seorang yang cedera akibat terkena tembakan rambang polis selepas dia cuba merempuh pihak berkuasa," kata jurucakap pendakwaraya, Eric Van Der Sypt kepada pemberita.

Tambahnya, Salah Abdeslam tidak ditahan dalam serbuan itu.

Sebanyak 19 serbuan telah dilakukan di Brussels termasuk Molenbeek yang merupakan penempatan setinggan dan kampung kepada Abdeslam.

Polis turut melakukan tiga serbuan di kawasan industri Charleroi yang terletak berdekatan dengan sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Hakim pada Isnin memutuskan untuk terus menahan kesemua suspek yang ditahan dalam serbuan itu.

Tiada senjata api atau bahan letupan ditemui sepanjang serbuan dan pemeriksaan di kawasan terlibat.

Polis Belgium melakukan serbuan mengesan pengganas selepas dalang serangan Paris didakwa dilakukan oleh pengganas warga Belgium.

Tags / Kata Kunci: Belgium , Paris

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan