Dakwaan Bom Dalam Pesawat Milik Perancis - Berita Dunia | mStar

Dakwaan Bom Dalam Pesawat Milik Perancis

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2015 9:54 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pesawat milik syarikat penerbangan Perancis terpaksa membuat pendaratan cemas di Manchester selepas terdapat laporan mengenai bagasi mencurigakan.

Tindakan pantas juruterbang mendaratkan pesawat itu dibuat selepas semua pihak masih trauma dengan kejadian serangan Paris yang mengorbankan 129 nyawa pada Jumaat minggu lalu.

Ketika kejadian, pesawat Easyjet tersebut dalam perjalanan dari Paris ke Maghribi sebelum mendapat laporan mengenai bom yang diletakkan dalam bagasi.

Seorang penumpang pesawat itu menulis dalam Twitternya bahawa polis mengepung pesawat tersebut kerana terdapat bom.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati laporan bom itu adalah palsu.

Pesawat tersebut kemudian dibenarkan meneruskan perjalanan ke Maghribi

Tags / Kata Kunci: Perancis , Manchester
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan